PANDUAN PEMBAYARAN BAGI PERMOHONAN DAN YURAN KEAHLIAN
PARTI AMANAH NEGARA

Pembayaran Pendaftaran dan Yuran Keahlian:

  1. Akaun Maybank atas nama Parti Amanah Negara : 5642-9430-9586
  2. Pastikan masukkan alamat e-mel penerima kewangan@amanah.org.my dalam transaksi bank.
  3. Jumlah Pembayaran minimum ialah RM3 (Ringgit Malaysia 3 sahaja) yang meliputi Yuran Pendaftaran RM1.50 (Satu Ringgit Lima Puluh Sen sahaja) dan Yuran Tahunan RM1.50 (Satu Ringgit Lima Puluh Sen sahaja)
  4. Baki pembayaran yang melebihi RM3 merupakan sumbangan tuan/puan kepada Parti Amanah Negara.
  5. Pastikan slip bank bukti pembayaran dikepilkan sebelum menghantar permohonan. Slip bank perlu ditulis nama, no kad pengenalan dan no telefon pemohon

Sekiranya permohonan tuan/puan tidak diluluskan, tuan/puan boleh mengemukakan tuntutan bayaran balik Yuran Pendaftaran dan Yuran Keahlian daripada Bendahari Amanah Nasional dengan mengemukakan salinan asal resit. Permohonan melalui surat boleh di buat melalui pos atau datang sendiri ke:

WISMA AMANAH NEGARA
No 73-1 Tingkat 1
Jalan Seri Utara 1
Seri Utara
68100 Batu Caves
Kuala Lumpur

Tel : 0362421511
Fax : 0362421577